MENCARI JALAN YANG DIREDHAI

Assalamulaikum,

Tajuk kita hari ni lebih islamik sikit. Heheh. Da lama sebenarnya nak buat blog tapi hari ni baru ada kesempatan nak buat. Emm... ada lah juga sedikit perkongsian yang sis boleh share sikit kat sini.

Mencari jalan yang diredhaiNya iaitu jalan menuju redha Allah SWT.
Isu yang sis nak story kat sini berkenaan COUPLE.
Ye... couple.
Kenapa? semua mesti macam alah cliche je nihhh...
Ye.
Nampak macam cliche tapi perkara ini perlu dititikberatkan
Kerana apa?
Kerana couple akan mengundang kepada zina. Naudzubillah....

Tak salah nak bercinta jika ada niat untuk mendirikan rumah tangga bersama.
Yang salah tu bila bercinta tapi keluar berdua-duaan.
Berpegangan tangan, cuit sana, cuit sini.
Tanpa ada perasaan malu?

Ya Allah....
Sedarlah wahai anak muda!

Benda tu jadi salah dan boleh menimbulkan fitnah.
Bila berdua maka ada yang ketiga.
Betulkan?
Semua dah besar dan cukup matang rasanya untuk berfikir tentang itu.

Boleh nak bercinta tapi jaga lah batas pergaulan semua tu. Sebaiknya kalau dah SUKA, CINTA, dan SAYANG bimbinglah dia ke jalan yang lebih diredhai. Itu baru namanya sayang bukannya sama-sama terjerumus dalam kancah percintaan yang hangat seperti romie dan juliet. Malu lah orang tengok. Dengan orang pun kamu da tak malu. Apa lagi ALLAH.

Dan ingat! 
Bertunang bukannya tiket untuk keluar berdua-duaan.
Bermesra macam pasangan suami isteri.
Kamu tu darah manis.
Lagi banyak dugaan yang datang.


Kepada yang SOLO pula, sis nak pesan ni.

Hello.... tak payah nak ikut trends sangat boleh tak?

Emm... boleh je. Tapi saya rasa lonely.
Teringin nak rasa macam mana ada pakwe, boyfriend and so on....

Gapo ever bak kata Fatimah. Hahah.
Gapo ever je la apa orang nak kata kita tak ada pakwe ke tak ade boyfriend ke.
Tak payah buang masa nak bercinta dengan orang yang belum pasti jodoh kita.

Akhir sekali maaf andai terkasar bahasa.
Tujuan penulisan yang berbentuk dialog yang tegas dan sempoi sebab sis nak apa yang sis rasa dapat disampaikan.
Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

#positif
#peringatanuntukdirisendirijuga
#muhasabahdiri
#muslimahpemimpinummah
#menujujalanyangdiredhai
#katakantidakpadacouple




Comments