MENCARI JALAN YANG DIREDHAI
Assalamulaikum, Tajuk kita hari ni lebih islamik sikit. Heheh. Da lama sebenarnya nak buat blog tapi hari ni baru ada kesempatan nak buat. Emm... ada lah juga sedikit perkongsian yang sis boleh share sikit kat sini. Mencari jalan yang diredhaiNya iaitu jalan menuju redha Allah SWT . Isu yang sis nak story kat sini berkenaan COUPLE. Ye... couple. Kenapa? semua mesti macam alah cliche je nihhh... Ye. Nampak macam cliche tapi perkara ini perlu dititikberatkan Kerana apa? Kerana couple akan mengundang kepada zina. Naudzubillah.... Tak salah nak bercinta jika ada niat untuk mendirikan rumah tangga bersama. Yang salah tu bila bercinta tapi keluar berdua-duaan. Berpegangan tangan, cuit sana, cuit sini. Tanpa ada perasaan malu? Ya Allah.... Sedarlah wahai anak muda! Benda tu jadi salah dan boleh menimbulkan fitnah. Bila berdua maka ada yang ketiga. Betulkan? Semua dah besar dan cukup matang rasanya untuk berfikir tentang itu. Boleh nak bercinta tapi jaga lah batas...